APAM PISANG GEBU GEBAS...

APAM PISANG
     Sarapan ap pagi ni ea... Haa... Jom cuba resepi apam pisang kampung ni.. Tentu puashati. Bahan mudah je nak cari.  Cara penyediaan pun ringkas.  Kenyang pula tu.. Selain sarapan boleh juga untuk hidangan petang.

     Hidangkan bersama secawan milo, tentu anak-anak suka.  Sambil bersantai di pagi minggu .  Boleh  juga sebagai makanan untuk bekalan ketika perjalanan jauh. Selamat mencuba..

APAM PISANG

Bahan-bahan:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam

Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.

2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.

3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.

4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.

5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.

6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

Sumber: Che Amie 

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!