Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram


Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 buah terung panjang, belah dan potong
10 biji cendawan shitake, hiris
5 ulas bawang putih, cincang
1/2 in halia, hiris
1 tangkai cili merah, cincang
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis

Penyediaan :
  1. Goreng terung hingga lembut, angkat dan toskan.
  2. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Tambah cili dan cendawan hiris.
  4. Goreng dengan api besar sebentar.
  5. Masuk terung yang di goreng tadi.
  6. Perasa kan dengan sos tiram dan kicap cair.
  7. Akhir sekali masuk bancuhan tepung jagung.
  8. Goreng sebentar dan angkat.

Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram

Lawar Terung Bakar


Lawar Terung Bakar
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 batang terung panjang
1 sudu besar lada hitam, tumbuk
2 tangkai cili merah, hiris
200 ml santan pekat
1 labu bawang besar, hiris bulat
1 biji limau nipis
1 sudu kecil garam
2 helai daun limau purut, hiris halus

Cara Penyediaan :
  1. Bakar terung hingga lembut.
  2. Buang kulit yang hangus dan potong.
  3. Panaskan santan, tak perlu mendidih.
  4. Tuang ke atas terung, masuk cili dan bawang.
  5. Perasa kan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  6. Gaul rata dan tambah perahan jus limau.
  7. Tabur dengan hirisan limau purut.
  8. Sedia untuk di hidangkan

Lawar Terung Bakar