Kupang Kari Hijau Thai


Kupang Kari Hijau Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Pes Kari Hijau :
3 tangkai cili hijau
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 cekak daun ketumbar
1 batang serai, bahagian putih
1 biji limau nipis (diperah jus)
4 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos ikan
3 sudu besar minyak zaitun

Penyediaan Pes Kari Hijau : *
Masukkan kesemua bahan dalam blender, kisar hingga lumat dan menjadi pes.
Simpan di dalam botol kaca untuk tahan lama.

Kupang Kari Hijau Thai :
4 sudu besar pes kari hijau *
400 ml santan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar sos ikan
200 gm kupang
2 helai daun limau purut
4 cili padi merah dan hijau
1 biji tomato, belah 6

Penyediaan Kupang Kari Hijau Thai :

  1. Bersihkan kupang, buang kotorannya dan toskan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan pes kari hijau, tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan santan, masak hingga hampir mendidih.
  5. Masukkan sos ikan, gula dan garam. 
  6. Kemudian masuk kan kupang dan tomato.
  7. Masukkan daun limau purut dan hirisan cili.
  8. Angkat dan tabur dengan daun ketumbar.

Kupang Kari Hijau Thai

Kepah Kerisik Kari Merah


Kepah Kerisik Kari Merah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm kepah, cuci bersih
200 ml susu cair
300 ml air
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula kabung
1 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu kecil garam
2 helai daun limau purut
1 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

5 tangkai cili kering, rebus dan toskan
2 tangkai cili merah, potong kecil
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, ambil bahagian putih


Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan susu cair, kacau rata.
  3. Masukkan kepah dan daun limau purut, tutup periuk dan reneh sebentar.
  4. Apabila kulit kepah terbuka, tambah kerisik, sos ikan, jus limau, garam dan gula.
  5. Hidang dengan nasi putih.

Kepah Kerisik Kari Merah

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi


Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 kg siput sedut
2 batang serai, diketuk
150 gm pucuk paku, potong
10 helai gm daun kaduk
2 helai daun limau purut, ramas2
1 keping asam gelugor
4 cawan santan cair
2 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumbuk Halus
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi

Penyediaan :
  1. Cuci siput hingga bersih.  Bilas beberapa kali.
  2. Potong bucu siput hingga habis.
  3. Rendam dalam air hingga tenggelam.
  4. Keluarkan siput dengan tangan supaya serpihan nya tidak termasuk dalam masakan.
  5. Masak siput dengan santan cair, serai, asam gelugor dan bahan tumbuk.
  6. Apabila mendidih, masukkan pati santan, daun limau. daun kaduk dan pucuk paku.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Masak dengan api kecil hingga pucuk paku lembut.
  9. Hidangkan dengan nasi putih.

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi