Chee Cheong Fun Springroll
By Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-Bahan
8 keping kulit Rice Paper
Bahan Inti
100 gm isi udang cincang
100 gm Cendawan Shitake, potong dadu
1 tangkai daun bawang - potong halus
2 ulas bawang merah di cincang.
1 ulas bawang putih di cincang
1/2 sudu kecil AJI-SHIO� lada hitam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar minyak masak
Taburan : Bijan sangai, hirisan daun bawang dan bawang goreng
Penyediaan :
- Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan cendawan dan tumis hingga layu.
- Masukkan udang, tumis hingga udang berubah warna.
- Perasakan dengan kicap manis, kicap cair, minyak bijan dan AJISHIO lada hitam.
- Angkat dan sejukkan dahulu.
- Ambil sekeping Rice Paper, basahkan dengan sedikit dengan air.
- Letak inti cendawan dan gulung rapi.
- Tabur bijan, daun bawang dan bawang goreng.
- Siram dengan Sos Kicap.
Bahan Sos Kicap :
100 ml air
1/4 sudu teh AJI-SHIO� lada putih
3 sudu besar kicap manis
1 sudu teh gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
Penyediaan :
Satukan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
Masak sebentar hingga sos hampir pekat.
1/4 sudu teh AJI-SHIO� lada putih
3 sudu besar kicap manis
1 sudu teh gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
Penyediaan :
Satukan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
Masak sebentar hingga sos hampir pekat.
Cheong Chee Fun Springroll