DURIAN DREAM CAKE
By Kak Wan @ ResipicitarasawanBAHAN SPONGE CAKE
250 gm Sponge Mix
5 biji telur Grade A
50 ml susu cair
1 sudu besar esen vanilla
75 ml minyak jagung
2 Loyang 7 inci
Penyediaan Kek :
- Alas loyang dengan kertas baking.
- Panaskan oven pada suhu 180C.
- Sebatikan Sponge Mix, telur dan susu cair.
- Putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan berkrim.
- Perlahankan mixer, masukkan esen vanilla dan minyak.
- Putar hingga bergaul sebati.
- Bahagi kepada 2 bahagian dan tuang dalam 2 buah loyang 7 in.
- Oven selama 40-45 minit.
- Sejukkan dahulu dan potong bahagian atas kek.
- Kemudian setiap kek dipotong 2 menjadi 4 lapisan kek.
CREAM DURIAN :
350 ml Non Dairy Whipping Cream
150 gm isi durian, haluskan
Penyediaan :
Putar Whipping Cream hingga pekat.
Masukkan isi durian dan sebatikan.
Masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk.
PES DURIAN :
250 gm Isi Durian
60 ml susu cair
50 ml susu pekat manis
50 ml susu pekat manis
Penyediaan :
Satukan isi durian, susu cair dan susu pekat.
Kisar hingga halus. Masukkan ke dalam piping bag.
Satukan isi durian, susu cair dan susu pekat.
Kisar hingga halus. Masukkan ke dalam piping bag.
TOPPING KASTARD DURIAN
60 ml susu cair
1/2 sudu kecil gula Caster
1 sudu besar Tepung Kastard
1/2 sudu besar Gelatin, larutkan dengan 2 sudu besar air panas
70 gm isi durian, haluskan
Penyediaan :
Satukan isi durian, susu, gula dan tepung kastard.
Kisar hingga halus dan tapis ke dalam periuk.
Tuang larutan gelatin dan masak hingga hampir pekat.
Kisar hingga halus dan tapis ke dalam periuk.
Tuang larutan gelatin dan masak hingga hampir pekat.
Sejukkan dahulu sebelum di ratakan di atas kek.
PENYEDIAAN MELAPIS KEK :
- Letak sekeping kek diatas papan kek.
- Picit PES DURIAN di atasnya dan ratakan.
- Kemudian picit CREAM DURIAN dan ratakan.
- Ulangi melapis Kek, Pes Durian dan Cream Durian hingga 3 lapisan.
- Ratakan atas dan tepi kek dengan lebihan CREAM DURIAN.
- Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
- Keluarkan dan ratakan TOPPING KASTARD DURIAN di atasnya.
- Simpan semula dalam peti sejuk hingga topping mengeras sebelum di potong.
Durian Dream Cake