Telur Kukus Cendawan


Telur Kukus Cendawan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 ekor udang
12 kepah
Cendawan Beech atau Enoki
Daun Bawang

Cara-cara :
  1. Cuci udang, buang kepala dan kulit, tinggalkan ekornya.
  2. Rebus kepala dan kulit udang. 
  3. Tpis airnya ke dalam periuk.
  4. Masuk Kepah, rebus hingga kulitnya terbuka.
  5. Keluarkan kepah dari periuk, masukkan ke dalam air sejuk.
  6. Keluarkan isi nya.
  7. Simpan air rebusan udang, keluarkan buih2 di atasnya.
  8. Biarkan sejuk.

Bancuhan Telur
5 biji telur
400 ml air rebusan udang *
1 sudu kecil Sos Perasa Tiram MAGGI
1/2 sudu kecil Stock Ayam MAGGI
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-cara :
  1. Kocok telur dengan garpu.
  2. Masukkan air rebusan udang, Sos Tiram dan Stock Ayam MAGGI.
  3. Tapis ke dalam jug kecil.
  4. Letak isi kepah di dasar cawan.
  5. Tuang bancuhan telur hingga penuh, letak cendawan di atasnya.
  6. Kukus 20 minit dengan api kecil hingga telur sedikit mengeras.
  7. Selepas itu, letak udang di atasnya.
  8. Kukus sebentar hingga udang kemerahan.
  9. Angkat dan tabur dengan daun bawang.

Telur Kukus Cendawan