Agar-agar Lapis Pelangi
By Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan A (Agar Jernih)
25 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
1 helai daun pandan
Bahan B (Agar Santan)
25 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
100 gm serbuk santan (2 pkt 50gm)
1 helai daun pandan
Pewarna unggu, biru, hijau, kuning (atau yg disukai)
Loyang 8" atau 9" (basahkan dahulu)
Cara-cara :
1. Masak bahan A hingga mendidih. Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
2. Masak bahan B hingga mendidih. Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
3. Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang hingga hampir beku.
4. Kemudian tuang 350ml agar-agar jernih tambahkan pewarna unggu dan tuang ke atas agar-agar tadi.
5. Ulangi langkah No. 3 dan No. 4 berselang seli agar-agar santan dan agar-agar berwarna jernih.
*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah. cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.
Agar-agar Lapis Pelangi