Drumstik Panggang Oriental


Drumstik Panggang Oriental
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
2 ketul paha ayam
1 sudu besar oren Sunquick
1/3 cawan air
1 sudu besar mentega
2 sudu kecil bancuhan tepung jagung

Bahan Perapan dan Sos

1 sudu kecil kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih, parut
1 in halia, parut
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam

Bahan Sayuran : Tomato ceri merah. kuning bertangkai dan Asparagus

Cara-cara :
  1. Trim bahagian atas ayam hingga ke bawah.
  2. Satukan kicap, sos tiram, bawang putih, halia, serbuk pati ayam dan garam.
  3. Ambil 1/3 bahan perapan dan gaul bersama ayam, perap sebentar.
  4. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan baki bahan perapan dan air untuk sos.
  5. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan ayam, tutup periuk biar ayam setengah masak.
  7. Keluarkan ayam, renjiskan dengan sedikit minyak zaitun.
  8. Bungkus tulang dengan aluminium foil supaya tidak hangus.
  9. Panggang ayam dan tomato dalam oven suhu 180C selama 15 minit.
  10. Didihkan kembali sos, tambah oren Sunquick dan bancuhan tepung jagung.
  11. Apabila sos hampir pekat, angkat dan tapis untuk mendapatkan sos yang licin.
  12. Panaskan sedikit mentega, ambil jus dari ayam, masukkan asparagus dan goreng kilas sebentar.
  13. Hidang drumstik ayam bersama kentang putar dan sos.

Drumstik Panggang Oriental