Kiwi Cheese Tart


Kiwi Cheese Tart
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Kulit Tart :
200 gm Marjerin Seri Pelangi
100 gm gula ising
420 gm tepung gandum
1 biji telur

Adunan Krim Keju
250 gm cream keju - suhu bilik
60 gm gula kaster
80 ml dairy whipping cream, putar hingga kembang

Hiasan :
Kiwi Sweeki
Delima
Jem Strawberry

Penyediaan Kulit Tart  :

  1. Pukul Margerin Seri Pelangi dan gula ising hingga rata.
  2. Masukkan telur, gaul sebati. 
  3. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut. 
  4. Tekan ke dalam acuan tart, trim atasnya dan cucuk dengan garpu.
  5. Bakar pada suhu 170 C sehingga masak. 
  6. Sejukkan dahulu kulit tart.
Adunan Keju : 
  1. Putar cream keju dan gula hingga licin. 
  2. Kaup balik dengan whipping krim hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam piping bag.
Cara-cara :
  1. Isikan sedikit jem di dasar kulit tart.
  2. Picit krim keju hingga penuh.
  3. Letak jem lagi di tengahnya.
  4. Tabur biji delima di atas jem.
  5. Atur hirisan kiwi di keliling tart.
  6. Simpan di dalam peti sejuk, enak di makan dingin.

Kiwi Cheese Tart