Ayam Kerisik


Ayam Kerisik
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil garam
3 ulas bawang merah (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
2 batang serai (ketuk)
1 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar santan
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar Sos Tiram Mahsuri
1 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
1 sudu besar gula melaka cincang
1 sudu kecil serbuk perasa

Cara-cara :
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Goreng hingga garing.
  3. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masuk serbuk cili dan serbuk kari daging yang di bancuh dengan sedikit air.
  5. Masuk serai, sos tomato, kicap manis pedas dan sos tiram.
  6. Tambah sedikit air, masuk gula melaka, kerisik dan daun kari.
  7. Akhir sekali tambah santan dan masukkan ayam goreng.
  8. Tambah garam dan perasa secukupnya.

Ayam Kerisik