GENAP SEMINGGU BAK PERGI, AL - FATIHAH

Assalammualaikum, salam Jumaat yang mulia. Hari ini seminggu lepas che mat berada dalam keadaan amat sedih teramat sangat, malah semasa menulis entri ini air mata tetap bertakung. Bak che mat Hj Ibrahim Bin Rajiman telah pergi selama2nya. Allah ketika itu semangat che mat seperti diragut, jiwa kosong sebentar, bingung dan rasa tak percaya Bak telah pergi, Namun janji Allah itu pasti, tidak awal atau lewat seminit pun. Apa2 pun syukur alhamdulillah, Allah perancang maha sempurna, dijemputnya Bak pulang pada hari mulia, Jumaat 8 Julai 2016 (bersamaan 3 Syawal 1437 Hijrah ). Dan diberi peluang pada kami memohon ampon dan maaf di pagi Syawal itu. Walaupun masa Bak macam kurang sedar, tapi Bak mengerti dan air mata Bak meleleh, paling sedih ketika itu dah tentu bonda che mat. Kata bonda lebih 50 tahun dia telah hidup bersama tanpa berenggang. Begitulah aturan Allah, dalam kegembiraan diuji kita dengan kedukaan. Namun sebagai Muslim, kita kena redha dengan ketentuan Allah dan terima dengan berlapang dada....

Bak sakit tak lama kurang lebih 1 bulan 15 hari saja. Asalnya Bak terjatuh di bilik air ketika nak wudhu solat maghrib. Bak takde sakit yang serius, kencing manis, darah tinggi semua takde, cuma Bak ada sakit gaout yang dialami sejak 4 - 5 tahun lepas. Semasa di bawa ke Hospital, disahkan buah pinggang Bak kurang elok ekoran uric acid yang amat tinggi (gambar terakhir yang sempat che mat ambik ketika Bak di Hospital). Di sebabkan tiada sakit lain, kami bawa Bak pulang ke rumah. Disebabkan gaout Bak agak seirus, che mat rasa amat sedih, nak2 ketika menukar lampin pakai buang, dia akan menjerit (sendi2 Bak bengkak dan panas)...huhu, sampai sekarang ni masih terdengar2 walaupun Bak tiada. Tapi kuasa Allah, hari demi hari gaout Bak makin ok, bengkak makin kurang tapi masih sakit. Di saat2 akhir Bak kurang mengadu sakit ketika che mat tukarkan lampin pakai buang. 

Hari2 terakhir Bak, Allah jemput pulang dengan tenang, di pagi Jumaat, cuaca redup berangin dan hujan renyai2, kurang lebih jam 10 pagi, che mat masuk nak tukarkan lampin pakai buang Bak, che mat lihat Bak tarik nafas sekali dan menghembus dengan perlahan. Che mat pegang wajah Bak, dia senyap. Che mat sentuh tangan Bak, dia senyap (selalu Bak akan jerit sebab tangan sakit). Che mat mula panik, degupan jantung mula kencang, air mata mula bertakung, jiwa bergetar. Che mat panggil bonda dan panggil abang long che mat. Dan seperti dijangka Bak telah pergi selama2nya. Innalillah Hiwainailah Hirojiun...maka hilanglah insan keramat yang berada disisi che mat selama 40 tahun. Hilanglah doa barakah seorang insan mulia yang che mat panggil Bak, buat selama2nya..

Al-fatihah Bak - Hj Ibrahim Bin Rajiman. Moga Bak tenang di sana. Ya Allah kau ampunkan segala dosa2 Bak, tempatkan Bak di kalangan hamba2 mu yang soleh dan masukkan Bak ke syura  mu ya Rabb...... Dalam setiap gerak nadi kita, wajah Bak tak pernah hilang, dalam hela nafas kita, bau Bak tetap ada, dalam setiap kelip mata kita Bak sentiada ada di sisi, sehingga Allah menjemput kita satu hari nanti. Moga kita dapat berjumpa di sana nanti yea...

CATATAN MAT GEBU :- Dalam kesempatan ini che mat ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada teman2 Blog, FB dan IG yang memberi ucapan Takziah dan mendoakan arwah Bak che mat sama ada di FB, IG dan Wassap. Tak lupa pada Sis Linn sekeluarga, Sue Suraya sekeluarga, Kak Ct Delima sekeluarga, En. Azman  (Kasawari) dan seluruh saudara mara dan kenalan yang sudi datang menziarah arwah Bak tempoh hari....Terima kasih sekali lagi yea....