IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS.. PEDAS TAPI NIKMAT..

ASAM PEDAS IKAN MERAH
     Asam pedas merupakan lauk kegemaran masyarakat Malaysia.  Berbagai bangsa sangat sukakannya.  Bermacam jenis ikan boleh dimasak dengan menggunakan resepi asam pedas. Resepi asam pedas pula  berbeza disetiap negeri.  
     Ada yang menambahkan halba, lada hitam, kacang bendi, terung dan sebaginya.  Apapun, mari kita cuba resepi asam pedas iakn merah ini.  Pasti tak menyesal.  Selamat mencuba..

IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS

Bahan-Bahan:-
1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong 
2 biji tomato-belah 4
secekak daun kesom-agak2lah ya
1 btng bunga kantan-belah 2
1 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
5 batang kacang bendi
minyak utk menumis

Bahan Kisar:-
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
Air secukupnya -dlm 4 cwn

Cara-Cara:-
I01.  Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.

02.  Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.

03.  Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.

04.  Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan, kacang bendi dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. 

05.  Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing-masing ya.

06.  Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. 

07.  Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen � SAYA SHARE � Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!