Assalammualaikum, che mat sini...Perasan tak sejak2 ni agak kurang dah kemaskini blog dengan resipi2. Salah satu sebabnya, kebuntuan idea memasak, biasalah dah berhari2 mengadap dapur, ada masa otak berkarat juga. Dan sapa kata orang yang 'boleh' memasak, mereka tak perlu bahan rujukan, salah tu. Sebenarnya bahan2 bacaan amat perlu merangsang idea memasak. Bagaimana pulak nak memilih bahan2 bacaan yang berkualiti, mudah dan pasti menjadi bila dicuba? Lambakkan buku2 resipi dipasaran ada tu setakat tangkap muat, dan nak yang betul2 menjadi kenalah dapatkan dari penulis atau chef yang punya pengalaman luas dalam bidang masakan..
Baru2 ini che mat menerima buku dari Selebriti Chef, Puan Norzailina Nordin. Che mat kenal lama juga Chef Norz, dan beliau antara tukang masak yang che mat pernah cuba resipinya dan menjadi dengan berjaya, tu baru pertama kali mencuba, terus ada keyakinan nak memasak dan mencuba resipi yang lain pula. Buku2 yang anda nampak ini amat sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak2 ke dapur...psstt bukan yang baru2 saja, yang senior macam pakcik ni pun memang perlu juga, kau jangan ingat aku ni pandai segala2nya...salah tu!..
Buku 100 resipi kek dan biskut (gambar paling atas) amat sesuai untuk anda panduan membuat kek dan biskut yang sempurna selain rasa yang sedap. Selain buku kek dan biskut, Chef Norz juga kembali dengan buah tangan terbaru, iaitu buku masakan mini. Yang ni memang besstt, bukan setakat buku yang comel dan ringan, isi kandungannya cukup menarik. Datang dalam 12 siri masakan berlainan tema (seperti tertera pada gambar), gambar yang cantik dan paling bagus, teknik memasak langah demi langkah disertakan sekali, in sha Allah kesilapan untuk anda lakukan adalah mustahil kerana ia amat lengkap....A hingga Z...
Satu lagi yang menariknya, setiap satu buku yang berlainan tema disediakan pelbagai tips cara penyediaan bahan2 mentah sebelum mula memasak, termasuk sukatan dan sebagainya. Tak rugi membeli dan jadikan buku2 ini sebagai hadiah untuk teman2 atau untuk diri sendiri, susun kat dapur, bila otak beku tatau nak masak apa, takde idea, boleh jadikan ia sebagai rujukan. In sha Allah pasti idea memasak datang dan masakan anda menjadi dan tidak mengecewakan. Buku2 ini boleh didapati di kedai2 buku seluruh Malaysia. Atau boleh ke FB Chef Nor Zailina Nordin untuk sebarang pertanyan dan pembelian atas talian....Selamat memasak!..