By Kak Wan @ Resipicitarasawan
BAHAN-BAHAN :
350 gm Cream Cheese
80 ml Susu Pekat Manis
50 ml bancuhan Teh Tarik
70 ml Dairy Whipping Cream
30 gm Gula Perang
3 Telur Besar
1 sudu besar Tepung Jagung
BANCUHAN TEH :
100 ml Air
4 sudu makan Teh serbuk atau uncang
1 sudu kecil Nescafe atau kopi segera
Masak bancuhan teh hingga mendidih, tapis dan sejukkan.
Ketepikan 50ml untuk Cheesecake
BOBA :
5 cawan Air
1/3 cawan BOBA (sedia guna)
1/2 cawan Sirap Gula Melaka
Rebus Boba hingga lembut. Siram dengan air sejuk dan tapis.
Gaul bersama sirap dan rehatkan 10 minit hingga sirap menyerap.
PENYEDIAAN CHEESE CAKE :
- Panaskan Oven pada suhu 200C.
- Lembutkan Cream Cheese pada suhu bilik hingga lembut.
- Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan berkrim.
- Masukkan susu pekat dan bancuhan teh, gaul sebati.
- Masukkan telur, whiping cream dan tepung jagung.
- Putar perlahan hingga adunan menjadi sebati.
- Tuang dalam loyang bulat 5 inci yang di alas baking paper.
- Oven pada suhu 200C selama 35 minit.
- Simpan di dalam chiller semalaman.
- Keluarkan dari loyang dan hidang dingin bersama Boba.
Boba Teh Tarik Cham Burnt Cheese Cake