Terima Kasih Kepada Peminat Sheila Rusly Di Instagram


Jutaan terima kasih kepada peminat-peminat Shiela Rusly kerana sudi follow Instagram (IG) yang baru di wujudkan pada awal tahun 2015, Tujuan IG ini untuk memberi peluang kepada peminat untuk mengenali Sheila Rusly dengan lebih dekat lagi dan pada masa hadapan peminat-peminat Sheila Rusly akan berpeluang untuk PERCUTIAN bersama Sheila Rusly yang di anjurkan oleh JS PICTURES tidak lama lagi. So yang belum follow IG Sheila Rusly, cepat-cepat follow untuk update terkini. Jazakumullah Khairan Katsiran -ADMIN SHEILA RUSLY- 






Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
Facebook Page : Ketuk-Ketuk Ramadan
Follow IG Sheila Rusly : https://instagram.com/sheilarusly_jspictures

Ketuk-Ketuk Ramadhan Rancangan Memasak Nombor 1 Di Malaysia.

Siapa yang tak kenal program tv1 yang hot lagi meletop gitu!! Ketuk-Ketuk.... Ramadhan, Alhamdullilah. Setiap tahun pastinya rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan mendapat sambutan menggalakan dan mempunyai peminat yang luar biasa. Lokasi memasak dibuat di pasar tani, dalam Tesco. Bergantung pada siapa yang menaja rancangan ini setiap tahun.

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 kali ni diadakan dalam Tesco. Di samping masak-memasak, Sheila Rusly sebagai hos rancangan akan memperkenalkan produk-produk Tesco. Malah dijadikan hadiah buat pengunjung yang menyaksikan pada masa rakaman pengambaran Ketuk-Ketuk Ramadhan dibuat. Havoc dan sungguh meriah ketika rakaman ketuk-ketuk dijalankan di tesco, rugi sesiapa yang terlepas masa rakaman dijalakan, ada banyak hadiah diberikan. Soalan sangat simple je! Kacang!, kalau korang tak tahu pun tetap dapat hadiah.



Bahan-bahan untuk memasak Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 tahun ni ditaja oleh Saji. Rupa-rupanya ada banyak rangkaian produk Saji. Tidak lupa juga tudung yang dipakai oleh sheila rusly ditaja penuh oleh D'Haja, 30 helai koleksi disediakan untuk rakaman ketuk-ketuk ramadan pada kali ini, sesiapa berminat dengan tudung yang dipakai oleh sheila rusly boleh lah pm di page Resepi Sheila Rusly. nanti dulu jangan pm awal-awal kerana tudung ini akan dilancarkan pada ramadan ini, 30 koleksi dan hanya ada 30 helai sahaja bagi setiap koleksi tudung sheilaruslybyD'haja. Menarik bukan?.

                  
Sheila Rusly hos rancangan memasak Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015
Haaaa... part ini yang menjadi keterujaan penonton menyaksikan rancangan memasak di TV1, Ketuk-Ketuk Ramadhan. Artis undangan! Hanya yang famous amos dijemput sebagai selebriti undangan rancangan memasak pada tahun ini. Artis suam-suam kuku rasanya tidak ada. Artis jemputan mesti meyediakan satu menu untuk dimasak pada rancangan KKR2015, sambil memasak Sheila Rusly akan tanya direct ke empunya badan, pasal gosip-gosip terkini. Jawapan sebenar, sah!! keluar dari mulut artist itu sendiri. Jadi terjawab la gosip-gosip yang selama ini anda baca di laman sosial itu betul atau pun tidak benar.

Bagi peminat setia menonton Ketuk-Ketuk Ramadhan ini setiap tahun, boleh on kan mode standby record rancangan ni guna Astro PVR. Memudahkan anda nak tengok bila-bila masa. Boleh tengok celoteh Sheila Rusly bersama artis jemputan. Malah boleh bagi idea untuk anda masakan bila berbuka puasa nanti. Apa pun Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 terbaik!! 



Penaja pada tahun ini ialah :

Main sponsor - Saji 
Tajaan lokasi - Tesco
Penaja lain yang terlibat
sheilaruslybyD'haja, dherbs terlajak laris, nouvelles visage, farghaly & radiglow

Jangan Lupa Follow Instagram (IG) Sheila Rusly
Page Official Sheila Rusly
Page Official Ketuk-Ketuk Ramadan.



Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan di Tesco Melaka Semalam, berapa ramai yang minat Abam Bocey Like sikit ;)
Posted by Resepi Sheila Rusly on Monday, April 20, 2015

                                          

Anda Ingin Bergambar Dengan Sheila Rusly??


Bagaimana anda boleh berjumpa secara dekat dengan Hajah Sheila Rusly dan mengikuti secara dekat bagaimana rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan 2015 dijalankan, caranya mudah sahaja, anda perlu share artikel ini di wall facebook anda dan komen diblog ini " SAYA BERMINAT " dan follow Instagram Sheila Rusly serta LIKE page Resepi Sheila Rusly. Pemenang dipilih mengikut syarat-syarat diatas. So senang je kan?

Tujuan untuk memberi peluang kepada peminat sheila rusly berjumpa dengan lebih dekat dah dapat mengetahui aktiviti terbaru sheila rusly sekarang.
A photo posted by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on